Tuesday, March 11, 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum....

Lama sungguh tak menconteng disini. Tiba – tiba rindu nak conteng conteng.

Bersawang berhabuk. Sama macam empunya diri jugak dah bersawang.

Last post pasal nak kawen eh.
Now nak update ; AKU BELUM KAHWIN!!!!

Masih mencari. Bukan mencari calon. Tapi mencari diri.
Mencari diri yang sendiri tak pasti.
Beberapa jalan yang aku lalu sebelum ni, semua tak menepati.
Ada rasa kurangya isi disetiap titi tapi aku tak tahu apa yang kurang.

Yang pasti, Aku haus.
Bukan aku. Tapi jiwa aku kehausan.
Harap bulatan gembira disini mampu isi ruang yang kosong ni.

Ukhwahfillah~

Friday, June 29, 2012

bicara buat diri, edisi:kahwin


Bicara di sini kali ini mungkin agak berlainan dari yang sebelumnya. Namun masih sama, ianya tetap luahan hati yang dalam. Dalam keadaan sibuk mengulang telaah telaah yang melepasi lima tahun kebelakang, hati aku menangis minta diduakan. Aduh parah. 

Saat minda perlu focus pada tumpuan yang satu, saat itulah hati bikin masalah yang aku kira besar buatku. Entah mana datang rasa sebegitu, aku sendiri kurang pasti. Sungguh! Sahabat sahabat sebulatan pembelajaran dengan aku pasti tahu. Hamper setiap hari mulut aku berbunyi “Ya Allah aku nak kahwin!!”. Ada masa aku katakana ianya senda gurau buat hilangkan tekanan. Tapi ada masa yang lainnya aku fikir sendiri, “am I really nak kahwin???”. 

Pernah aku katakan pada teman seperjuangan bidang pada hari keputusan penentuan bakal diumumkan

“Korang, takutnya!! Rasa nak makan pun da tak lalu. Aku harap sangat aku lulus. Dan kalau aku lulus, aku nak call mak aku cakap “mak, cik da lulus. Cik nak kahwin, boleh?””.

Dan mereka hanya senyum. Ada yang ketawa. Ada yang kata aku tak betul. Haha aku pon tak pasti aku betul ke tak. Dan ALHAMDULILLAH aku lulus. Tak lah cemerlang tapi mencapai target NAK LULUS!! =) aku call mak aku, dan cakap je aku lulus. Tak cakap langsung pasal kahwin. Haha sape yg tanak kahwin ada ke???

Cerita pasal kahwin, tiba di rumah, aku ternampak ada majalah solusi di ruang santai. Satu satu di selak malas. Mata aku tertarik pada satu artikel bertajuk ‘Telah siapkah dirimu menjadi Super Parents?’. Menarik! Aku baca isi kandungannya. Lalu otak aku kembali berfikir dan aku pasti aku belum bersedia memikul tanggungjawab yang maha hebat itu. 

Alam perkahwinan memang diimpikan setiap insan. Tapi aku kena tahu dan aku memang tahu yang alam itu jugalah yang penuh dengan tanggungjawab. Bahu belum cukup tegap nak pikul tanggungawab itu. Maka banyak yang perlu aku baiki dalam diri aku untuk ke arah itu. Masih banyak yang perlu aku belajar untuk melangkah ke alam itu. 

Ayat yang mencuit fikiran aku dari artikel itu berbunyi
“Lebihkan menjadi daripada mencari”

Aku kena jadi individu yang mampu mendidik diri sendiri. insyaAllah aku mampu menjadi pendidik untuk generasi masa depan
Dan instead of aku mencari suami yang soleh, aku sendiri yang kena jadi solehah. insyaAllah Allah akan bagi aku suami yang soleh jugak.

Bukan ke lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? =)

Thursday, June 28, 2012

benci sendiri

aku benci bila sendiri tanpa isi di sepanjang hari
yang akhir harinya hanya terisi dengan pandangan ke dinding
hari hari berlalu macam angin lalu yng semakin payah nak dirasa kini

bila saja ada masa sendiri temangu sepi sunyi
fikiran melayang macam layang layang terputus tali
sampai bila nak terus mematung diri menghadap sepi

kerana sepi bisa bawa hati ketempat yang tak ingin dituju
sering kali melawan hati dari menjengah ke tempat itu
andai tempat itu kembali dituju hati
takungan mata bisa pecah
jatuh air jernih yang mahal jadi murah hanya kerana itu

ohhhh sungguh aku benci bila sendiri



p/s: terkenang sahabat yang dah terputus tali persahabatan  =(


Thursday, February 16, 2012

cerita di jalanan

masih melangkah. atas jalan. rasa panjang dan lama aku di jalanan. tapi suara - suara tepi berbisik aku sudah di sepertiga jalan. sedikit teruja.

jalan yang ada bukan sesempurna tar yang baru di turap. lubang lopak rabak sana sini. ada kecik, ada besar, ada yang terselindung balik dedaun kering, ada yang terisi air, ada yang kontang.

ada sempat aku elak. selamat. jatuh? byk kali tak terbilang. tersangkut di lopak lopak kecil. mampu bangun. sendiri. masih selamat.

lubang besar? terbentang depan mata. elak. pasti. sentiasa selamat dari lubang besar itu. yg terselindung balik daun. tak nampak. tersadung lagi. jatuh. masih mampu bangun.

di depan ada hujung jalan. aku nampak tapi samar. menggapai tapi tangan tak sampai. ragu. mungkin hanya mainan mata. yang nampak hanya mimpi cuma.

kesat mata. jelas pandangan. sah. masih jalan tanpa penghujung. leka fikir ilusi atau nyata, terlupa pada kewujudan lubang lubang besar di jalan. selalu elak tapi kali ini. bummmm!! aku jatuh. kalah dengan permainan sendiri.

tak mampu keluar. butuh bantuan. perlu tunggu pada tangan lain datang membantu. sampai bila? tak boleh jdi. kena keluar jugak. dinding dinding lubang aku panjat. jatuh. bangun lagi. panjat lagi. secebis harap pada orang datang membantu. seluas lautan harap pada Dia mudahkan jalanku.

sampai atas. syukur tak terhingga pada Dia. terus berjalan. kembali berjalan. kaki capek, tangan sakit, badan letih, mata mengantuk. aku jalan jugak. ouchhhh!! paku! aku terpijak paku. berdarah. sakit. tapi kena jalan jugak.

dan terus berjalan. di depan ada simpang yang aku tak pasti laluan yang betul. di persimpangan di satiap laluan ada pagar yang menghalang. buntu.

berdiri disitu. ada air. tangan, muka, kepala dan kaki aku basah cermat. kumpul sedikit yakin. Allahuakbar. beristikharah harapkan pilihan yang benar. sungguh harapku hanya pada Dia. sebab aku pasti Dia tak pernah hampakan aku.

perjalanan aku teruskan di jalan. di mana akhirku? apa pengakhiranku? hanya Dia yang tahu.

p/s:

kawan2 sekapal..moga kita semua tabah melayar jalan~
GOOD LUCK!!

Saturday, February 11, 2012

hati ganggu FYP

Tekun

Jari lari-lari bersenam atas keyboard

Mata tidak ketinggalan melirik screen

Kadang jari menangis lenguh

Kadang mata mengeluh berpinar

Tak mampu bezakan huruf huruf terpancar di screen

Tak mampu mentafsir ayat tercoret


Risau

Bila jarum jam ditangan bagai memecut sesama sendiri

Bila isnin begitu pantas bertukar ahad

Bila January tidak mampu betahan

Bila February pun tidak sabar bertemu March

bila telaga kosong minta diisi dengan perapan daun

bila benda hidup mati kerana perapan daun

bila perapan daun tidak memberi erti yang semahunya hati


gelisah

otak mendesak memenuhi keperluan hati

hati harap keperluan terisi

tapi bukan masa untuk mengisi hati

payah bilamana hati tak pernah cuba untuk mengerti

diri tak pernah pinta lebih

cukup sekadar ruang

ruang tenang


gembira

bila telaga membentuk ruang

ruang kosong tanda isian menjadi

tapi tafsiran tak tonjolkan diri

atas sebab otak tak mengerti

bila ruang otak hanya dipenuhi permintaan hati

serapan dedaun terbengkalai bila yg hidup terus mati



p/s:: fasa fasa akhir menyiapkan FYP

time time nak fokus ni lah hati buat hal

soal hati memang takkan pernah settle

jgn dilayan hati

kalau dilayan hati kerja pon x menjadi~

Thursday, January 26, 2012

mula jalan

melampau

nak patah balik!!

tolong tarik tangan
kaki tanak melangkah

hati nak tinggalkan tempat kaki berpijak
tapi kaki masih kejap kat situ

ibu jari kaki terangkat sedikit
jari tangan dah berlari

satu

dua

tiga

*Bismillahirrahmanirrahim~

Wednesday, January 25, 2012

sampai bila

*Log in

Mata meneliti satu per satu kata tercoret

Hati lirih runtun pilu


#Scroll down

Mata terus meneliti

Hati seakan menangis pinta berhenti

Tapi degil

Tetap mahu meneliti


*Comment

Apa lagi mahu kau kata

Tangan laju menaip bicara

Hati menjerit saban kali pinta berhenti

Lalu tangan akur


*Delete

Rasa kecewa

Rasa hiba

Pedih

Sakit

Monday, January 16, 2012

pendapat selirat

di henyak rasa bosan dan kosong
antara perlu atau mahu
berselirat keliru dalam satu serbu
kadang rasa perlu
kadang rasa mahu
tapi kuasa tak pernah milik aku

dalam sepi di asak sunyi
butuh pada perlu bagai gunung meninggi
satu satu dipelosori
lorong kosong jadi huni
dulu kaki tak bisa jejak disini
kini kaki tak ingin berganjak dari sini

bila jiwa ratap pada jasad tak tetap
tapi hati pilu hakikat tak milik dapat
minda akal dan otak berselisih pendapat
lalu jiwa hati dan jasad jadi keparat

sampai bila harus diri menyimpan harap
sampai bila harus hati bersabar tetap
sampai bila harus minda bertegar mantap
sampai bila harus jasad bak tak pernah kelat

soalan pada jawapan yang tak mungkin diungkap

p/s : hormon tgh menstabilkan level~~
: on mode gila selagi tak masuk mode serius macam ni lah..adoihhh

tulisan spontan 16/01/2012, 1145am
at Makmal Komputer, Fakulti Perubatan Veterinar

*road to start FYP!!! Good luck warga DVMIN2012

Friday, December 16, 2011

saksi hari

kali ni
khamis menjadi saksi
kabut sungguh bila hidup tanpa perancangan

teringat description dari teman sekelas
*she's easily cried. and once she cried, its hard to stop* (bukan ayat sebenar)

aku senang menangis??
yups mengaku..memang senang
dan kali ini
khamis ini
tangisan ini bukan tangisan murahan
seperti yg selalu

tangisan ini ada maksud tersirat *of course*
mana ada orang nangis tade sebab

kenapa??
ramai bertanya (terima kasih atas concern)
tapi aku x mampu nak jawab
aku pasti ada sebab
tapi tak terungkap

tiada kata yg mampu bg erti
apa yang terlintas di hati
apa yang terbungkam di benak
apa yang tersimpan jauh di sudut jiwa

sungguh lembut menyentuh sanubari...

*human being tend to remember bad things you did to them (even small matter) regardless of how many good deed you gave them*

at this point of time ALLAH is always THE BEST TURN

Monday, December 12, 2011

jangan degil sangat

jangan degil sangat boleh tak?
penat sudah layan kau
sakit taggung beban diri jugak yang rasa
kau?? kau pon sakit kan

aku bukan degil la
kau ingat aku x penat
tapi aku siapa?
aku x mampu
mmg sakit tapi aku x mampu~

jangan degil sangat boleh tak?
buang lah jangan simpan sikit pon
susah sungguh ke nak faham
buat apa simpan kalau x pernah ada harga
kau?? kau rasa berharga ke

aku bukan degil la
kau ingat aku x cuba buang
kau ingat aku x pernah cuba untuk lupa
kau ingat aku sayang nak buang
berapa kali nak ulang
aku x mampu
makin aku buang, makin utuh dia disini~

jangan degil sangat boleh tak?
ada masa kau kena undur
ada masa kau kena terima
ada masa kau kena diam
sabar je la
sampai masa ada nilainya pada yang lain

aku bukan degil la
aku sedia untuk undur
aku dah lama terima
aku sentiasa diam
mmg lama jugak aku sabar
tapi dalam nak tunggu masa tu sampai
aku sakit..seksa
penantian kan satu penyeksaan..kau taw kan?~

jangan degil sangat boleh tak?
kau kata kau percaya
kau kata kau yakin
tapi kenapa kau degil??
susah sgt ke nak faham
tolonglah~~ aku tahu kau sakit
aku lagi sakit~~~

aku bukan degil la
memang aku percaya
memang aku yakin
aku tengah cuba hadapi
aku tamau lari
aku yakin ada yang pasti
cuma masih x menonjol diri
maafkan aku buat kau sakit
aku pon turut sakit
moga sakit ni buat kita gembira suatu hari nanti~

p/s: dialog diri dengan hati yang degil
bila diri tak mampu tanggung rasa hati~~

Sunday, November 27, 2011

gentar seketika


bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah
fuhh lega

itu la aku rasa bila dah dgr bunyi *ting.ting.ting*
dr jauh aku nmpk die blah
tape ah jmpa next time je

4 jam sebelum tu...

masalah melanda
aku kalut
aku takut
aku resah
aku gelisah

pkl 1:15 ptg, aku masih x dpt slide blood smear
which is the most important part yg boleh kata sahkan diagnose jgk la
klu tade tu mmg boleh doubt laa
serabut aku dibuatnya

aku da azam tank nangis pon
tp disaat2 genting camtu
jatuh jugak air mata mahal aku huhu

aku lupa ada Dia
aku lupa janji Dia

Dia yg bg masalah dan Dia jugak yg akan bg penyelesaian
aku kena pandai handle
ahh aku kalah masa tu
aku kalah dgn perasaan marah dan geram tu
sampai aku lupa hakikat itu

time tu jugak aku langkah ke surau walau perut lapar
da masuk zuhur pon
wuduk sesempurna mungkin
takbir seikhlas mungkin
rukuk sekerdil mungkin
sujud sehina mungkin
duduk bertahiyat serendah hati mungin

tanpa segan silu,
tangan aku rapatkan
mengemis kasih Dia
memohon tenang dari-Nya Dia
pinta pertolongan juga dari Dia

Alhamdulillah everything settle smoothly
aku rasa cukup dgn kata-kata

*You did it well..good job Farhah, well done!!*

aku mampu senyum
pasti aku x lupa Dia..sujud syukurku utk segalanya..
amin~


p/s:moral of story
masalah dtg tiba2 tanpa kita jangka
tapi jgn panik. fikir dgn waras jgn ikut perasaan.
jgn lupa Dia
percaya, Dia sentiasa ada.

Saturday, November 19, 2011

yang tenang

7 hari lagi..

berdegup kencang jantung aku
dah 2 minggu
adoihh

tenang Paah tenang!!!

Thursday, October 20, 2011

ruang tinggal

ruang itu
entah mana menghilang
entah mana bersembunyi
entah mana menyepi

ruang itu
dulu penuh terisi
indah ceria tiada cela

ruang itu
kini ada hanya menambah luka
andai wujud hanya membuah benci
jika terlihat dek mata kasar
hanya membuku rasa jelek

yang terukir dibibir kini palsu
yang terungkap kata semua dusta
yang terlihat senyum
tapi tangis dihati tak siapa mengerti

kadang rasa sebal menebal
rasa benci menyusupi
rasa geram tambah pendam
rasa sayu saat dituju

ruang itu
akan kekal disitu??
atau terkubur sepi??


p/s: tumpang senang bila ada yeng gembira
tapi kenapa diganti senang pada dendam???


Sunday, October 16, 2011

random update

Gambar cilok dari facebook kawan aku..tanpa kebenaran aku download je..sebab aku suka the words..serta merta rasa bersyukur..harap bersyukur sentiasa..bukan sekelip mata cuma..

anyway tgh pusing pening settlekan report yg bersepah2 nak kena siapkan..proposal nak kena hantar esok!!hah satu hape pon x tulis lagi..hadoii still sempat nk ber'blog'..sangap nak conteng..hahah

kata sangap nak conteng
tapi da start conteng, sengap pulak (sengap=senyap)*loght kedah
huhh terang jelas dan nyata aku tade idea..blah laa

may Allah bless n protect me always.amin~~

Thursday, September 22, 2011

ada tersimpan

pertama kali terlintas kat mata. walau hanya satu. terdetik satu rasa. suka. langsung tak fikir apa. sekali pandang. tiada kedua. involuntarily. maka sungguh tiada alasan atau jawapan jika kenapa yang ditanya

tapi sayang. salah langkah. salah bicara. salah masa. salah ungkapan kata. salah pada yang mendengar. maka singgah spekulasi tanpa punca nyata. tak mengapa. ia mengajar. punya impak besar

lalu dah lama. tapi kesan sungguh tetap terasa. tiada jalan membuka hala. namun tetap simpan dalam. walau warna sebenar sudah kelihatan. tapi yang dalam tetap disitu. ohh BINGUNG~~


*mode busy cenggini tetap ada masa layan jiwang..huahua
**sedih gila..niat dihati nak gembirakan kawan tp end up dgn menyusahkan kawan..maafkan aku!!DOWN gila~~

Wednesday, September 21, 2011

hati jerit lagi

tak pernah pinta
tapi ia datang

tak pernah duga
tapi terasa tiba

tak pernah harap
tapi pedih sakit

tak minta apa
bergembiralah cuma

tak perlu luah
biar tegar simpan

tak perlu tahu
sebab rasa itu satu


*lega dah habis radio round
**sedih sebab...
***tenang sebab yakin dengan DIA

Friday, September 16, 2011

b*hati sendiri parah

on the other hand...

from the bottom of my heart
really want to be by side
but i can't
because it is really complicated
no one may understand
even me also dont understand
am just pretend to understand myself
but still that is what i feel
really really do hope to be by side
since i cant
the prays are always there
every time everyday every seconds
may Allah bless =)

p/s: totally different story occur inside one heart

Thursday, September 15, 2011

a*jaga hati sendiri

to hate
is not my choice

to love
never my intention

to like
never think of

to make friend
is what i did before

to make enemy
not that bad to reply with

to ignore
make me hurt

to stay silent
it killing me

to ask for Him
the best choice

yeah ask for Him
He know better
He is the best listener
He is the best to turn to
He is The Best Helper, My Lord, Allah S.W.T





tp nak jugak meraung "aku benci kau!!!!!!!!!!!"

'jangan terlampau suka akn sesuatu, kerana ia mungkin tadak baik bagimu. dan jangan terlampau benci akan sesuatu kerana ia mungkin bauk bagimu.'

really He know the best..back to Him
i need the Lord's love letters

Friday, September 9, 2011

mood swing~~

merata ceruk bilik aku geledah
cari baju
cari seluar
pungut segala tudung
kutip semua sarung kaki tangan
angkat kasut dari jemuran
susun balik nota2 besepah atas katil
simpan balik segala novel yang diulangbaca

***
*tukar mood*

menatap ruang guava green itu sepuas hati
sebelum kaki melangkah pergi meninggalkannya buat kesekian kali
ruang hijau itu sungguh tenang dan damai
disitu aku merenung berfikir
disitu aku meluang 3/4 masa 24 jam yg ada
disitu aku x pernah jemu menatap
walau hanya dinding sepi
ruang di bawah rimbun durian buat ia tambah dingin walaudi tengah terik

***
*tukar mood lagi*

packingx abis2..haihh penin laa..beg tak pernah nak kurang..balik3 beg nak balik upm jadi 5 beg..haiyohh tangan ada 2 je kot..kalau la aku ada kete sendiri..haha

serius perasaan bercampur baur..teruja ada..sedih ada..happy ada..muram ada..suram ada..terlampau excited pon ada..

dapat berita kene present pasal praktikal kat india hari isnin ni jugak..dah terasa bahu berat di beri tanggungan yang pelu di jawab..hoho

come on Farhah Zaidar..its FINAL YEAR!!!
da 4 tahun pon..nak habis dah..caiyok!!
habis belajar boleh kahwin!!!hilang migraine~~ngaaa =)

**Allahuma najihni fil imtihan fidiin fidunya wal akhirah..Allahuma ajnalni mina annajihin wal faizin wal awalin fi kulli imtihan fidiin fi dunya wal akhirah**

Ya Tuhanku, kurniakanlah kejayaan kepada ku dalam ujian, dalam agama, di dunia dan akhirat..ya Tuhanku, jadikanlah aku di kalangan orang yang berjaya dan orag yang menang dalam ujian, dalam agama di dunia dan akhirat..Amin~~

p/s: menyiapkan diri untuk kembli bejuang =)

may Allah bless~~~~

Wednesday, September 7, 2011

bila adik buka mulut

"pakai baju da cun..tengok kasut..hampeh..failed la fashion hang kak"

adik aku..15 tahun amik pmr thn ni..mengkritik penampilan aku..haha adik aku bukan cerewet sgt pon..tapi dia komen aku punya pakaian..kira dasyat sangat la aku punya 'kekurangan' dalam fesyen ye??

ohh hari tu aku pakai blouse dengan seluar..blouse ala2 jubah seluar laa..mcm baju punjab yang aku selalu pakai tu..kasut lak, aku pakai sport sandal nike..aku rasa selalu je aku pakai gitu..pelik ke???

kesah apa aku..janji aku selesa kan2??

*masih mencuba menutup aurat sebaik mungkin..banyak cabaran!! haihh