Wednesday, May 11, 2011

Bola dlm TV?~~

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh, itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
"Secara terjemahan mudah, maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah. Tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah? Maknanya, kamu sembah Kaabah la."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah. selalu."
"Kamu tengok tv atau tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la."
"Di mana?"
"Dalam tv la."
"Cuba buka tv tu. Tengok di dalamnya, ada stadium dan perlawanan bola ke tak?"
"Memanglah tak ada. Tapi itukan gambarnya ada."
"Bukalah dalam tv. Tengok, ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu?"
"So?"
"Maknanya, kamu tengok tv. Bukan perlawanan bola. Betul tak?"
"Tak. Aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu."
"Peliknya."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la. Kau cakap tengok perlawanan bola. Sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa. Yg ada hanya wayar je berselirat."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar. Tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya."
"Hurm. Jadi, tak peliklah ni?"
"Ya. Tak pelik."
"Jadi, tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allahswt. walaupun dalam Kaabah tak adaAllah."
"Erk. Kau betul."

**share from double8 group FB..dr shahil rawi**

Monday, May 9, 2011

PaNtun AgaiN

bismillahirrahmanirrahim




Perjalanan kita

Sembilan bulan dalam kandungan
Pedih dan perit ibumu rasakan
Lahirnya dikau bawa kegembiraan
Tangisanmu disambut dengan senyuman

Ibarat kain putih petanda kesucian
Corak yang indah ibu bapamu lukiskan
Dihantar sekolah timba pelajaran
Perindahkan corak ceriakan lukisan

Engkau belajar dengan kesungguhan
Penat lelah guru tidak kau siakan
Berjaya engkau dalam persekolahan
Senang ibubapamu kau jadi insan

Keringat ayah terus dicurahkan
Buat pembiayaan pelajaranmu dilanjutkan
Menara gading berjaya kau panjatkan
Demi mengejar satu impian

Doa ibunda sentiasa diiringkan
Harapan ayahanda tidak kau lupakan
Cita-citamu kini dalam genggaman
Tiba masa jasa mereka kau balaskan

Perjalanan hidup tetap diteruskan
Tibanya jodoh rumahtangga kau dirikan
Taati suami jangan kau abaikan
Bagi lelaki ibumu tetap diutamakan

Hidup kita sekadar pinjaman
Orang tuamu kembali menghadap tuhan
Jangan kau lupakan doa kau hulurkan
Agar mereka tenang dalam pengabdian

Wahai teman wahai rakan
Dikau juga akan rasai kematian
Jangan lalai dengan kehidupan
Akhirat juga harus kau tunaikan...

ehemm pantun ni aku wat lepas habih SPM masa tgh tggu result kot..aku hntr ke IKIM..haha dapat hadiah tuu..niat just nak try2 je mase tuh..tak sgka lak dpt jd pantun pilihan mggu tu n dpt la hadiah jgk..huhu

so cuti 4 bulan ni kwn2..tolak prktikal tolak volunteer tolak jln2 adalaa saki baki dlm sebulan lebih tu..jom tambah bekalan utk akhirat..nnt kan kita puasa sebulan kat umah n tak bz dgn lects, tests, assgmnt, rota bla bla bla..ape salahnya kalau kita pakat2 ngaji bagi khatam satu Quran tu dlm ramadhan..bila lagi nak buat kan?..sementara masih x bz ni..untung tuu..biar ramadhan nnt terisi sikit..kita tataw kalau ramadhan tu nnt ramadhan terakhir ke kan..

p/s: kalau korang nak masuk syurga, tarik aku jgk..jgn tggal aku sorg2 ok??

Thursday, May 5, 2011

dan aku hanya diam~



sibuk dgn kerja sendiri
sibuk dgn barang2 nak pindah atas
sibuk dgn nota2 kucing anjg yg berepah penuh katil meja n meja
sibuk dgn bende2 nak setel pegi india visa vaccine bla bla bla

tgh ada time nak relax kejap je, vibrate lg handphone pink tu
pemanggil yg sama ini kali ke 7 dia call..

aku; assalamualaikum
dia; ah, aku nak tgk *rengek sikit*
aku; nak tgk ape *pelik*
dia; ah, hg kat mana *nada da laen*
aku; kat upm la awatnya *masih ceria*
dia; ah, hg tataw ka??tade org call hg?? *nada teragak2 n takut*
aku; apa weh.awat kalut sgt..
dia; ah, yanti..yanti..
aku; awat ngan dia *berdebar2 n otak pk yanti accident*
dia; ah, yanti da tade..kene bunuh..
aku; woiiii hg ckp apa ni jgn maen2..hg BOHONG!!!!!!!!!!!
dia; ah sbaq2 aku x bohong
aku; aku call hg balik

*klik*

hati terkilan..aku yakin dia tipu..dia bohong aku..

na ; hello
ah ; na hg kat mana
na ; hospital, ah hg taw da ka??
ah ; betui ka??
na ; hm tgh tggu post mortem
ah, kami x bgtau hg sbb hg exam
mak hg x bg ckp kat hg lagi..mlm ni baru cdg nak call hg
ah ; hm *makin laju airmata..taleh tahan da..teresak2*
dia kenapa?
na ; dia kena bunuh..org tu tikam dia..depa kata 12 tikaman tp tataw lg
ah ; Allahuakbar....jahatnya dia marah apa
na ; dia ajak ti kawen, ti tamaw kawen ngan dia..dia tua da ada binianak da
dia dok kacau ti lama da..ti x hbq kat kita
ah hg nak exam jgn pikir sgt..sabaq la..
ah ; .......
*the rest is history..*

Ratna Sufizzahriyyanti Omar 05071988-03052011

Yanti, one of my cousin,,been together sejak lahir sampai la masing2 ikut arah sendiri..terpisah bilaman aku melanjutkan pelajaran ke SMAP Labu 2001..terpisah hanya waktu sekolah..bila cuti, masih tetap besama..sama2 berniaga di bazaar ramadha membantu keluarga kami..ahh byk sgt yg buat bersama2 pon..dialah pesaing terdekat aku dialah penenang hati aku bila aku duka..dialah jgk yg tolong aku..sampai kat sini pon..aku nak beli moto, dia jgk lah yg tolong aku ikut aku pegi survey moto..
siapa sgka dia akan pegi dulu..siapa sgka ajal menjemputnya dengan keadaan begitu..siapa sgka takdir Allah..mmg betulla kalau da ajal datg menjemput, tak siapa dapat undur atau tangguhkan walau sesaat..

pilu hati ini..sedih hati ini..terkilan tak dapat mengucup arwah..terkilan tak dapat tgk arwah buat kali terakhir..terngiang2 lagi suara gelak tawa dia..ohh tuhan tabahkan aku..

tambah terkilan hati aku baca komen2 org yg tak tahu apa di forum dan akhbar online..yeah mulut manusia x siapa mampu control..sudah2 la buat spekulasi sendiri..lantak lah org nak ckp apa..ckp senang yg tggung ni hanya Allah yg tahu..org tua tu berdosa sbb bunuh arwah tapi org2 lain tayah la sibuk wat dosa yg lebih besar dr org tua tu nak ckp bende yg tak betul tntang arwah..sedar la, fitnah tu lebih besar dosa dari membunuh..

the real story biarlah kitorg ahli keluarga je yg simpan..terima kasih sbb ambil berat..mohon sama2 sedekahkan Al Fatihah buat arwah..moga arwah tenang disana dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman..aminn

~Al Fatihah~