Saturday, August 27, 2011

khatam Ramadhan 1432

"Dan telah sempurna firma Tuhan-Mu (Al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui." [6:115]

Alhamdulillah tepat 1158pm mlm sabtu yakni malam ke-27 ramadhan 1432 aku berjaya khatam Al-Quran. Alhamdulillah, syukur sangat diberi kesempatan yang sebegini. Dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi untuk aku perbaiki kekurangan yang tersangatla banyak dalam ramadhan kali ini. Terima kasih Allah atas kekuatan keinginan yang kau berikan padaku.

di kesempatan ini aku berterima kasih pada mak ayah yang menyokong usaha aku ni. pada adik aku jugak yang membantu tak kacau aku after magrib n after 12am.

thanks jugak pada teman teman blogger (jawahir n taqiyuddin). korang punya conteng2, kata2, picisan2, spillage, rants kat blog korang memang bg semangat kat aku secara indirect. teruskan menyonteng sebegitu. biar sentap boleh buat santap.

tak lupa pada laman sesawang lain yang banyak bagi pengisian rohani untuk aku yang dahagakan semua tu.

to kawan2 juga yang tengah berusaha nak khatam dlm ramadhan ni, aku doakan korang berjaya. korang mesti boleh!!ada lg 3 mlm, sempat insyaAllah. Go with it.. All the best!! Doa aku sentiasa mengiring usaha kalian, insyaAllah~~

may Allah bless~~~

so farhah, da sempat habiskan utk ramadhan ni Alhamdulillah..tp da habis jangan tinggal ye. ade lagi yang tergendala yang dulu2 sambung balik..Al-Quran jangan tinggal..baca tiap2 hari.. novel boleh ulang banyak kali takkan AlQuran taleh kot..novel tak boleh bagi cahaya dlm kubur nnt tapi AlQuran boleh. AlQuran juga boleh tolong masa nak lalu titian Siratulmustaqim, novel boleh ke? AlQuran juga boleh jadi penyelamat di Akhirat nnt, insyaAllah

bacalah AlQuran kerana pada-nya ada ketenangan. Bacalah dengan niat ingin mendapat hidayah dari-Nya

p/s: jom qyiam mlm ni??


Wednesday, August 24, 2011

surprise!!!

TERKEJUT!!!!
beberapa hari lepas kejadian berdarah dlm family tu
aku add arwah punya facebook as my cousin dlm family list
aku tataw apsal aku add sedangkan aku taw arwah takkan bukak lg fb tu
plus her adik also tataw password
sbb kitorg dulu igt nak deactivate fb tu
tp sbb tataw password so biar je la

n just now aku bukak fb
ohh notifcation!

"ratna omar accepted you family request"

serius terkejut!!
sape yg accept??
ataw manager fb ni yg tolong acceptkan???
whoaa aku da fikir bukan2..ngaaa

n serius jugak I MISS HER~~

may Allah bless u, my dear..

~Al-Fatihah~

Monday, August 22, 2011

rasa benci yang tak dipinta

perjalanan ke satu daerah lain emang bagi banyak erti. sungguh memberi seribu pelajaran buat diri. kadang tak tersedar yang hal itu juga satu pengajaran. memang hati ini banyak main teka teki. tak mengapa kalau tak memudaratkan diri.

tapi untuk kali ini ia membuah rasa benci. entah dari pelusuk mana hadirnya rasa benci itu. sungguh tak mampu aku sngkal. hati ini mula membenci. bukan ini pintaku. aku cuma mahu menjauhkan diri bukan membenci.

tak terlintas langsung di hati untuk aku simpan dendam. hingga aku pon tak pasti apa salah yang sampai rasa itu membuku di hati.

serius aku ni da parah kot. penyakit hati makin menjadi jadi.



p/s..come on..only 5..takkan nak stop??think posotively ok!!

Sunday, August 21, 2011

migraine

migraine lagi
da 2 hari
selalu migraine time belajar
tapi skrg cuti pon kena migraine jgk
haishh sabar!

migraine
aku hidup dengan migraine ni da dekat 12 tahun
mula2 kena migraine masa darjah 5
pegi ke doktor di suruh pakai kaca mata
maka masa darjah 5 tula aku berkaca mata

tapi migraine jugak
tak hilang2 migraine tu

masa dvm 2 mata aku kena jangkitan fungus
bahasa mudah "mata berkulat"
lepas couple of months kulat tu menumpang
akhirnya angkat kaki tinggalkan mata aku
and guess what??mata aku da x rabun
memang betulla Allah da bagitau
lepas susah ade senang (al insyirah 5-6)
Alhamdulillah

tapi migraine tetap jugak ada
hmm macam mana nak hilang kan migraine??
kena kahwin kot~~ whoaa aku MENGARUT!!!

tapi one of my sedara yang da kahwin ckp
"lepas je nikah rasa macam tenang sesangat"
yeke?? tataw la..tggu la lgi 3-4 thn, mgkin aku dpt jwpn tu nnt.. =)

Friday, August 19, 2011

random


hujan..
sedari azan isyak sampai da habih terawikh..
hujan masih x henti
alhamdulillah..sejukk sikit mlm ni tidur..
da banyak malam da hujan turun..
tak lebat sangat, x renyai sangat..just nice..

pejam celik pejam celik
da masuk fasa the last 10..
ohh tolak mlm ni tggal 9..
cepat kan masa berjalan..

lepas ni da raya
bila da raya maksudnya cuti da nak abih
cuti nak abih maksudnya sem baru da nak start
whoaa i'm a senior~~*cuak*


gambar hiasan..anak2 aku..hehehe..ade 12 ekor semua..kaler hijau kuning, biru ngan putih..hari tu budak2 ni bertelur..menetas 2 ekor baby..dua2 da mati..uhuk...ohh ada pkck aku tye mana jantan mana btina..dengan bangga aku jawab aku tak tahu..hahaha veterinar huh???

Wednesday, August 17, 2011

nota hari jadi~~

17 ogos 2011
17 ramadhan 1432
alhamdulillah
terima kasih Allah
sebab bagi peluang hidup da 23 thn
tapi bekal nak bawak balik jumpa Dia
langsung tak setanding dgn umur 23 thn tu
dan aku langsung x malu nak mintak lagi........

Allah, bagi aku peluang untuk hidup lg
bagi aku peluang untuk aku betul kan diri
bagi aku peluang untuk aku terus jalan atas bumi ini
bagi aku peluang untuk aku tetap teguh atas dunia ini
bagi aku peluang untuk aku tambah bekal buku kanan
bagi aku peluang untuk aku tahan diri dari terus gemukkan buku kiri

Allah, sungguh hidayah itu punya Engkau
dan aku dengan hinanya mengaku aku butuh hidayah-Mu
kurniakan aku hidayah itu
limpahkan aku rahmat milik-Mu
dengan penuh harapan kat hati aku pinta
jangan kau palingkan hati aku setelah kau beri petunjuk

Allah, jauh dari sudut hati
aku nak jadi baik
untuk itu aku perlukan bantuan dari-Mu
sebab aku tahu Engkau sebaik-baik penolong
aku pinta agar aku bukanlah dari golongan yang pekak buta
golongan yang tak mampu mengambil pelajaran dari Al-Quran yang satu

Allah, kau jadikan anggota badanku dengan sempurna maka
biarlah lidahku lidah yang tak pernah jemu memuji bertasbih pada-Mu
biarlah telingaku telinga yang sentiasa mendengar kalimah-Mu
biarlah mataku mata yang melihat pada kekuasaan-Mu dengan penciptaan seluruh yang ada di langit dan di bumi
biarlah hatiku hati yang sarat dengan rindu untuk bertemu dengan-Mu dan kekasih-Mu
biarlah akalku akal yang berfikir akan keagungan-Mu hingga getar didada kerana takut pada-Mu
biarlah tanganku tangan yang membantu segala daya yang aku ada untuk agama-Mu
biarlah kakiku kaki yang setia berdiri semampu aku saat menghadap Kau yang satu

Allah, dari-Mu aku kesini dan pada-Mu akanku kembali
maka lindungilah aku dari yang mungkar
letakkanlah aku bersama ashabul yamin
Engkau tahu segala isi hatiku yang tersurat mahupun tersirat
maka berikanlah aku apa yang terbaik pada perkiraan-Mu

***
p/s: salam nuzul Quran..bacalah quran kerana padanya ada ketenangan
.......aim nak khatam 27 ramadhan..berjaya atau tak???will see.........

**thn ni tade birthday celeb.. =) no cake..no ronggeng2..no hadiah..tp tade ape yg lagi best dari ada disamping keluarga di hari jadi walau diorg mgkin x perasan..haha =)

***double8 buat iftar jamaie kat putrajaya 17 ogos tapi taleh join..ohh sedih..nak jumpa korang!!!
enjoy the iftar guyss =)

salam 17 ramadhan~~~ =)

Sunday, August 14, 2011

luahan si hawa

hai adam
ungkap katamu kau sayang padaku
ucap manismu kau cinta padaku
mesra menyapa nada rindu padaku

wahai adam
sungguh tak terdaya kunafi
hati kecil ini bisa cair
jiwa runtun ini bisa getar
naluri diri sungguh tak terungkap

tapi adam
aku ragu dek sayangmu
sekelumit yakin bisa sirna
tatkala kau ucap cintamu

adam
aku ini hawa
yang dicipta Dia dari rusukmu
buat kau lindungi
buat kau bimbing
juga jadi temanmu di segenap liku hidup

namun adam
kalau benar sayangmu padaku
jangan diheret aku kelembah zina
jangan ditarik aku menuju zina
jangan diajak aku merapati zina

duhai adam
adam dan hawa pasti bersatu bila tiba saat waktu
adam dan hawa akan bersatu dengan ada ikatan itu
adam dan hawa mesti bersatu bila Dia memberi restu

oh adam
selagi aku bukan milikmu
iringkanlah selalu doa buatku
agar aku masih sempurna tiada noda
agar aku terpelihara dari tempias zina
agar aku dibawah lembayung Yang Esa

dan adam
andai nanti kita bersatu
kau punyai hawa
hawa yangmana permata mutiara
bukan sekadar hawa persis permata
namun pasir cuma

***
sambil layan menjemput bidadari-dani setiawan(link)
lagu ni sooooooo somethinglaa..tataw nak describe cane..but it really give me feel something bila dengar lagu ni..aku dpt taw lagu ni wujud pon dari versus..hlovate again..hailaa da kena hlovate syndrome again..ngee =) *wink*

ermm aku conteng kat atas tu lepas alami semua tu kot..can be said so..mmg da fitrah la kan..manusia dan rasa cinta..rasa ingin dicinta dan menyinta..tpi nak bercinta kena ada cara jugak..cinta pon ada gaya jugak,ada adab jugak..biarlah cinta itu dengan cara yang halal..

satu kisah benar..ada sorg pmpn ni mmg da jatuh cinta dgn seorg laki ni..lalu diajaknya menjalin hubungan..dengan penuh hikmah lelaki itu menjawab..

"aku sayang kau dan dengan itu aku mintak tolong jgn hubungi aku lagi dengan apa cara sekalipon..sebab bila kita berhubung, aku da heret kau kearah zina..maksudnya aku x sayang kau lah kalau aku bwk kau kearah tu..teruslah menanti dan percaya dengan Allah..sebab Allah da sediakan yang terbaik utk kita hamba-Nya..sampai masa ada jodoh bertemu lagi..kalau aku jodoh kau,terimalah dengan tenang kerana Allah..kalau aku bukan untuk kau, percaya lah ada yang lebih baik Allah nak bagi kat kau"

..and the girl cried..bukan sbb kena reject tp kerana tersentak dengan khilaf diri yang dia buat..

p/s: damba cinta Ilahi..cinta manusia menyusul kemudian nnt =)=)

salam 14 ramadhan~~~

Saturday, August 13, 2011

Friday, August 12, 2011

bila "iman" merajuk~~

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak kau.Kau cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak kau cakap camtu? pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan
ambil.VCD,SMS, TV, movie..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi
banyak gak duit saya habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir,
mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak
boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja
tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah,
bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam
rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan
sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan
tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan
kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah
Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang
bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan
baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan
kami


Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit
pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak
pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang
bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk
tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu
berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat
kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu
percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak
boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak
perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan
kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli
jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?Diri : Ya, saya kelam kabut
sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya
tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan
tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman,
saya
akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En
Solat,dan
semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan
seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita..
Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua.
Jabatan Iman dan jabatan nafsu.Kitalah yang perlu mengurus sebaik
mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak
pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..
Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air
sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air
itu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain,
maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan
pekerja kita, andai terlalu diternak satu jabatan, maka jabatan lain
akan terpinggir


this is just soooo true..lagi sekali aku jumpa ni dlm peti masuk email aku yg dah berkurun aku tak bukak..tp as usual email ini aku da baca la dulu..ni zaman matrik penang kalau x salah aku..oh indah sungguh zaman skola n matrik dulu..ramai teman yang tak jemu igtkan aku bila aku silap..skrg??masing2 sibuk dengan urusan masing2..bukan salah mereka x mengingtkan aku..aku yang pertma kali patut disalahkan sebab leka, terlalu taksub dengan moviessss..huhu..so kawan2 kalau nampak aku wat silap jgn segan2 tegur je..nak kasi tangan sekali pon boleh..sayang kawan tangan tangankan..ade ke??huhu


random update~~

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi
muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan
menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam
kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari
makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.

Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.

Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat ..

Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita ' bukti ' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera

meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

**jumpa ni dalam inbox email aku..da lama da ni..masa zaman labu lagi kot..letak jgk lah kat sini..nak conteng bende baru otak tgh kering..nak karang luahan baru mood tgh tak jiwang langsung..so copy paste je la eail ni..berguna gak ape..aku rasalaaa~~

salam 12 ramadhan~~~ =))

Saturday, August 6, 2011

kerana mati

sungguh aku terpukul
bagai tersentak dari lena yang panjang
mungkinkah hanya mimpi
ahh sangkaku meleset
ianya hakikat

hakikat yang sememangnya tertulis bagi yang bernyawa
"kullu nafsin zaa iqatul maut"
setiap yang hidup pasti akan mati
itu telah tertulis lama dulu

saat itu datang padanya
aku tidak bersamanya
tidak merasa getirnya perpisahan nyawa dan jasadnya
tapi kesan itu sungguh kuat menyentap pangkal hati
sungguh kuat membaham jiwa raga ini

ya sungguh aku terpukul
bagai halilintar menyabung denyutan jantung
neuron neuron otak bekerja keras
terfikir saat pengakhiranku
terhitung segala laku
terbayang saat berhadapan sakaratul maut

tertanya pada diri
bisakah aku hadapi dengan tenang
bisakah dua kalimah agung itu menjadi ucap akhirku
bisakah senyum manis menyambut kunjungan Izrail
termenung panjang terkenang

saban kali melalui tanah perkuburan
satu rasa aneh menyelinap kedalam sanubari
sungguh aku terkenang akan mati
tak sedia untuk itu tapi
boleh ke mintak tangguh dengan Izrail kalau dah sampai saatnya??

kerana mati itu pasti
akan datang tanpa aku duga....

"Allahhummakhtim'alainabihusnilkhatimah
walatakhtim'alainabisuuilkhatimah"

*hidup untuk mati...beringat akan tamatnya riwayat hidup mungkin laku diri lebih berhati-hati~~~

Thursday, August 4, 2011

rant

feeling.so.sad.
it.come.earlier.than.I.expect.
and.now.I'm.sad.
really.am.

random thought; gemuk vs kurus

#: Weh tu baju laki la..sini laa..baju pmpuan..

%: Erkk tamau aku..baju pmpuan slalu tade siza aku hahaha

#: Ko tu yg perasan gemuk..ade je size ko la..

%: Tape..i’m prefer this side..baru aku rasa mcm pakai baju

***

“Hish da la gemuk..pakai baju lagi mcm sarung nangka..dengan dada menjojol..buntut menonggek..perut berlapis..igt lawa la tu kalau org tgk..kalau kecik tape la nak pakai baju kecik pon..tak nampak sgt..”

***

Selalu sgt aku dgr ayat gini kalau jalan2 kat pasar tani ke pasar malam ke bazaar ramadhan. Orang selalu ckp pasal gemuk yang pakai baju sendat. Yup memang terang la salah budak tu sapa suruh pakai baju x ukur badan sendiri dulu. Tapi kenapa ye?? Kalau orang yang berbadan kecik molek pakai yang sendat n ketat, orang tak berapa kisah sangat.

Sebab yang namanya aurat itu tetap aurat walau kurus atau gemuk seseorang itu. Tak ke? Apa yang si gemuk tu ada tetap ada juga pada si kurus. Sama sama kena tutup la kan sepatutnya. Lagipun dalam alquran pun tade tulis “dan tutuplah auratmu wahai perempuan yang gemuk”..tapi sebaliknya dalam alquran Allah menyuruh semua orang muslim menutup aurat tak kira jantina, apatah lagi body condition score (BCS).

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. (Al A’raf 7:26)

Tak kesah la nak pakai mcm mana pon..yang penting biarlah aurat ditutup sesuai dgn apa yg di ajarkan pada kita. Bukan tak boleh nak pakai lawa n kemas. Sedang Rasulullah pon suka akan kecantikan kekemasan dan kerapian.

“Makanlah apa yang kamu suka, dan pakailah apa yang kamu suka dengan memperhatikan bahawa tidak terdapat dua hal: berlebih-lebihan dan kemewahan yang sia-sia.” (Maulana Muhammad Mansyur Nu’mani, Ma’ariful hadith)

So kiranya kita boleh je pakai apa yang kita suka asal tak berlebihan. Biar kemas rapid and sejuk mata memandang. Jangan berpakaian tapi telanjang. Kalau orang bertudung pakai baju ketat sebenarnya orang tu pon sama je dengan orang yang tak bertudung. Kalau pakai baju n seluar tapi orang kat belakang still boleh agak ukuran dada, pinggang dan pinggul, same je la mcm tak pakai apa apa kan.

Susah sungguh manusia nak paham apa yang diajar dalam alquran. Sebab manusia hanya membaca alquran tanpa pernah cuba menghayati, mempelajari dan mengamalkan. Bila otak da sarat dengan skema hidup dunia, tade lagi yang nak mempeduli skema hidup yang Allah da bagi. Aku juga tak terlepas dari semua ni. Hanya sekadar berkongsi buah fikiran tanpa niat menyakiti mana mana pihak. Kalau terasa fikir sendiri kenapa terasa.. =)


*situasi sekarang, orang yang amalkan benda yang betul cuma segelintir hingga dipandang pelik oleh sekeliling*

**dan zaman sekarang orang yang buat benda tak betul terlalu banyak sampai benda yang tak betul tu jadi normal dan kalau org lain x buat benda tu orang lain tu yang tak normal..sigh**