Friday, June 29, 2012

bicara buat diri, edisi:kahwin


Bicara di sini kali ini mungkin agak berlainan dari yang sebelumnya. Namun masih sama, ianya tetap luahan hati yang dalam. Dalam keadaan sibuk mengulang telaah telaah yang melepasi lima tahun kebelakang, hati aku menangis minta diduakan. Aduh parah. 

Saat minda perlu focus pada tumpuan yang satu, saat itulah hati bikin masalah yang aku kira besar buatku. Entah mana datang rasa sebegitu, aku sendiri kurang pasti. Sungguh! Sahabat sahabat sebulatan pembelajaran dengan aku pasti tahu. Hamper setiap hari mulut aku berbunyi “Ya Allah aku nak kahwin!!”. Ada masa aku katakana ianya senda gurau buat hilangkan tekanan. Tapi ada masa yang lainnya aku fikir sendiri, “am I really nak kahwin???”. 

Pernah aku katakan pada teman seperjuangan bidang pada hari keputusan penentuan bakal diumumkan

“Korang, takutnya!! Rasa nak makan pun da tak lalu. Aku harap sangat aku lulus. Dan kalau aku lulus, aku nak call mak aku cakap “mak, cik da lulus. Cik nak kahwin, boleh?””.

Dan mereka hanya senyum. Ada yang ketawa. Ada yang kata aku tak betul. Haha aku pon tak pasti aku betul ke tak. Dan ALHAMDULILLAH aku lulus. Tak lah cemerlang tapi mencapai target NAK LULUS!! =) aku call mak aku, dan cakap je aku lulus. Tak cakap langsung pasal kahwin. Haha sape yg tanak kahwin ada ke???

Cerita pasal kahwin, tiba di rumah, aku ternampak ada majalah solusi di ruang santai. Satu satu di selak malas. Mata aku tertarik pada satu artikel bertajuk ‘Telah siapkah dirimu menjadi Super Parents?’. Menarik! Aku baca isi kandungannya. Lalu otak aku kembali berfikir dan aku pasti aku belum bersedia memikul tanggungjawab yang maha hebat itu. 

Alam perkahwinan memang diimpikan setiap insan. Tapi aku kena tahu dan aku memang tahu yang alam itu jugalah yang penuh dengan tanggungjawab. Bahu belum cukup tegap nak pikul tanggungawab itu. Maka banyak yang perlu aku baiki dalam diri aku untuk ke arah itu. Masih banyak yang perlu aku belajar untuk melangkah ke alam itu. 

Ayat yang mencuit fikiran aku dari artikel itu berbunyi
“Lebihkan menjadi daripada mencari”

Aku kena jadi individu yang mampu mendidik diri sendiri. insyaAllah aku mampu menjadi pendidik untuk generasi masa depan
Dan instead of aku mencari suami yang soleh, aku sendiri yang kena jadi solehah. insyaAllah Allah akan bagi aku suami yang soleh jugak.

Bukan ke lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? =)

Thursday, June 28, 2012

benci sendiri

aku benci bila sendiri tanpa isi di sepanjang hari
yang akhir harinya hanya terisi dengan pandangan ke dinding
hari hari berlalu macam angin lalu yng semakin payah nak dirasa kini

bila saja ada masa sendiri temangu sepi sunyi
fikiran melayang macam layang layang terputus tali
sampai bila nak terus mematung diri menghadap sepi

kerana sepi bisa bawa hati ketempat yang tak ingin dituju
sering kali melawan hati dari menjengah ke tempat itu
andai tempat itu kembali dituju hati
takungan mata bisa pecah
jatuh air jernih yang mahal jadi murah hanya kerana itu

ohhhh sungguh aku benci bila sendiri



p/s: terkenang sahabat yang dah terputus tali persahabatan  =(