Thursday, February 16, 2012
cerita di jalanan
jalan yang ada bukan sesempurna tar yang baru di turap. lubang lopak rabak sana sini. ada kecik, ada besar, ada yang terselindung balik dedaun kering, ada yang terisi air, ada yang kontang.
ada sempat aku elak. selamat. jatuh? byk kali tak terbilang. tersangkut di lopak lopak kecil. mampu bangun. sendiri. masih selamat.
lubang besar? terbentang depan mata. elak. pasti. sentiasa selamat dari lubang besar itu. yg terselindung balik daun. tak nampak. tersadung lagi. jatuh. masih mampu bangun.
di depan ada hujung jalan. aku nampak tapi samar. menggapai tapi tangan tak sampai. ragu. mungkin hanya mainan mata. yang nampak hanya mimpi cuma.
kesat mata. jelas pandangan. sah. masih jalan tanpa penghujung. leka fikir ilusi atau nyata, terlupa pada kewujudan lubang lubang besar di jalan. selalu elak tapi kali ini. bummmm!! aku jatuh. kalah dengan permainan sendiri.
tak mampu keluar. butuh bantuan. perlu tunggu pada tangan lain datang membantu. sampai bila? tak boleh jdi. kena keluar jugak. dinding dinding lubang aku panjat. jatuh. bangun lagi. panjat lagi. secebis harap pada orang datang membantu. seluas lautan harap pada Dia mudahkan jalanku.
sampai atas. syukur tak terhingga pada Dia. terus berjalan. kembali berjalan. kaki capek, tangan sakit, badan letih, mata mengantuk. aku jalan jugak. ouchhhh!! paku! aku terpijak paku. berdarah. sakit. tapi kena jalan jugak.
dan terus berjalan. di depan ada simpang yang aku tak pasti laluan yang betul. di persimpangan di satiap laluan ada pagar yang menghalang. buntu.
berdiri disitu. ada air. tangan, muka, kepala dan kaki aku basah cermat. kumpul sedikit yakin. Allahuakbar. beristikharah harapkan pilihan yang benar. sungguh harapku hanya pada Dia. sebab aku pasti Dia tak pernah hampakan aku.
perjalanan aku teruskan di jalan. di mana akhirku? apa pengakhiranku? hanya Dia yang tahu.
p/s:
kawan2 sekapal..moga kita semua tabah melayar jalan~
GOOD LUCK!!
Saturday, February 11, 2012
hati ganggu FYP
Tekun
Jari lari-lari bersenam atas keyboard
Mata tidak ketinggalan melirik screen
Kadang jari menangis lenguh
Kadang mata mengeluh berpinar
Tak mampu bezakan huruf huruf terpancar di screen
Tak mampu mentafsir ayat tercoret
Risau
Bila jarum jam ditangan bagai memecut sesama sendiri
Bila isnin begitu pantas bertukar ahad
Bila January tidak mampu betahan
Bila February pun tidak sabar bertemu March
bila telaga kosong minta diisi dengan perapan daun
bila benda hidup mati kerana perapan daun
bila perapan daun tidak memberi erti yang semahunya hati
gelisah
otak mendesak memenuhi keperluan hati
hati harap keperluan terisi
tapi bukan masa untuk mengisi hati
payah bilamana hati tak pernah cuba untuk mengerti
diri tak pernah pinta lebih
cukup sekadar ruang
ruang tenang
gembira
bila telaga membentuk ruang
ruang kosong tanda isian menjadi
tapi tafsiran tak tonjolkan diri
atas sebab otak tak mengerti
bila ruang otak hanya dipenuhi permintaan hati
serapan dedaun terbengkalai bila yg hidup terus mati
p/s:: fasa fasa akhir menyiapkan FYP
time time nak fokus ni lah hati buat hal
soal hati memang takkan pernah settle
jgn dilayan hati
kalau dilayan hati kerja pon x menjadi~