Sunday, July 31, 2011

ahlan ya Ramadhan~~

Allahuakbar, sungguhlah Engkau Tuhan yang maha Agung maha Penyayang
Hingga detik ini masih lagi jantung kecil ini berdegup 'lub dab lub dab'
Lidah ini masih disaluti saliva mengucap syukur tak terhingga pada-Mu
Atas pertemuan agung yang memang tiada nilai harganya
Nyawaku dan jasadku masih bersatu di Ramadhan kali ini

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbul 'alamin
Alhamdulillah sungguh ku bersyukur atas nikmat nyawa dan Ramadhan ini

Ramadhan, bukan sekadar puasa menahan lapar dahaga
Allah telah sediakan promosi 'mega sale' di bulan ini
Malam lailatulqadar bonus terhebat bagi yang merasai
Amalan wajib digandakan ganjaran pahalanya
Dan yang sunat tetap punya nilai tambahannya
Hantu iblis jin dan syaitan semuanya dipenjara
Antara diri dan nafsu empunya diri yang bertarung
Nafsu atau diri yang berjaya?? tepuk dada tanya iman~~

*salam ramadhan al mubarak buat yang membaca*
**jom sama2 kejar peluang "mega sale" de Ramadhan**
***moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya***

sini aku lampirkan jadual mutabaah amal mingguan
aku copy ni dari Hlovate:contengan jalanan.. ada gak modified sikit2
its a good idea kan, boleh tengok kita bersungguh atau tak =)
selamat berpuasa dan beramal~~~ =) =) =)


Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Solat subuh berjemaah di surau








Solat isya’ berjemaah di surau








Solat sunat rawatib (12 rakaat)








Solat tarawikh 20 rakaat








Tadarus Al-Quran








Bacaan al-Mathurat sughra








Sarapan minda *harun yahya *la tahzan








Qyiamullail (at least 1 mggu sekali)








Ayat dan surah hafazan mggu ini


Ayat terakhir tadarus beserta tafsir


Wednesday, July 27, 2011

kau rasa kau COOL~~

hey farhah zaidar
kau rasa kau COOL???
bilamana solat kau cukup 5 waktu
kau rasa kau COOL???
bilamana kau sempat solat 5 waktu x miss
kau tau solat kau SEMPURNA atau tak?
kau tau solat kau DITERIMA atau tak?
kau sedar solat kau ada selit rasa riak atau tak?
**hayati dan fahami surah Al-Ma'un (107;4-6)**

hey farhah zaidar
kau rasa kau COOL???
bilamana kau da pakai tudung
kau rasa kau COOL???
bilamana kau pakai baju yang tak kecik
kau rasa kau COOL???
bilamana kau tak pakai yang sendat padat mampat
kau tau aurat kau ditutup sempurna atau tak?
kau tau tudung kau da tutup segalanya atau tak?
kau tau aurat bukan hanya sekadar pakai baju longgar dan tudung tutup rambut?
**kaji dan teliti surah An-Nur (24; ayat 31)**

hey farhah zaidar
kau rasa kau COOL???
bilamana kau da khatam Al-Quran berkali-kali
kau rasa kau COOL???
bilamana beberapa surah cuma yang melekat diotak kau
kau rasa kau COOL???
bilamana kau mampu mengalun ayat ayat Allah dengan taranum
kau rasa hidup seharian kau setanding dengan saranan Al-Quran?
kau rasa tingkah laku kau seiring dengan ajaran Al-Quran?
kau rasa butir bicara kau seindah bait-bait kalimah Allah?
**telaah surah Fussilat (41;2-4)**

hey farhah zaidar
kau tak cool pon
kalau takat solat 5 waktu kau nak bangga
kau tak cool langsung
kalau kau sekadar mengalun ayat ayat Al-Quran tanpa memahami dan mengamalkan suruhan Al-Quran
kau sangatlah tak cool
kalau kau tutup aurat tangkap muat je
kau sungguh sungguh la tak cool
kalau kau tahu tapi tak pernah cuba untuk buat
kau lagilah tak cool
kalau kau sekadar menconteng kata kata ini untuk update blog ni
hey farhah zaidar
kau rasa kau COOL??
kau fikirlah sendiri dgn otak kat kepala bukan kat patella......


pesan buat diri yang alpa
*jangan rasa dah cukup solat da selamat*
**jangan rasa dah pakai tudung da cukup tutup aurat**
***jangan rasa diri baik bila baca quran..bacalah alquran dengan harapan nakkan hidayah dari Allah***
****rebut peluang baiki diri dalam bulan Ramadhan ni. dont let go peluang keemasan ni..mungkin ini Ramadhan terakhir..siapa tahu??****

Monday, July 25, 2011

tulisan untuk kawan~~

kawan
aku tak pernah menjangka adanya pertemuan antara kita
aku yakin takdir yang menentukan segalanya
tapi kawan
terkadang aku menyesali pertemuan itu
kerana pertemuan itu aku mengenali seorang kawan
kerana pertemuan itu aku merindui seorang kawan
kerana pertemuan itu aku menyayangi seorang kawan

kawan
aku tak pernah pinta hadirnya perasaan ini
tapi kawan
saat kau tiada hati ini jadi sunyi sepi
saat kau tiada aku menyedari perasaan aneh ini
kawan percayalah
bukan aku yang pinta perasaan ini
namun ia hadir dengan sendirinya malah tanpa kesedaranku
andai sedar mungkin bisa kutepis sebelum ia bersarang di hati ini

kawan
andai engkau bisa kulihat sebagai kawan
kenapa harus ada resah di hati ini saat berdepan denganmu
kenapa begitu sukar untuk aku melapangkan hati ini dari didiami olehmu
kenapa harus engkau bermukim di hati ini
kenapa saat aku sedaya upaya melupakan engkau
sepantas kilat wajahmu menghiasi kotak fikiranku

kawan
terkadang aku terseksa menanggung beban rindu padamu
terkadang aku merasa betapa pedihnya hati ini memendam rasa yang tak pernah kupinta
aku penat
aku sakit
aku cuba untuk melawan
namun aku hanya manusia biasa yang dikurnia perasaan
hati kecil ini kadang kalah dengan perasaan sendiri

kawan
tulisan ini hanya sekadar luahan hati kecilku
andai terlintas tulisan ini di matamu
jangan kau terganggu dek kata kata ini
anggaplah ianya hanya tulisan pengisi masa lapangku
walaupun hakikatnya mungkin kau tahu
aku masih teguh disini
mengorak langkah mengapai impian dan citaku
aku masih tegar dan cekal disini
meneruskan perjuanganku
hanya saat tulisan ini dicoretkan
aku terlalu merinduimu kawan
dan ini jalan terbaik untuk aku luahkan segalanya


faza1708
march 11 2009

*masa ni jiwa kacau..haha ingat kat sape ntah sampai tertulis bende nih..cehh org tu ntah ingatkan aku ke tidak..lantaklah..hidup perlu diteruskan..kenangan dengan kawan yang sorang ni tetap abadi dalam ingatan..hanya sekadar memori*

**so kawan, teruskan perjuangan hingga ketitisan darah terakhir..**

***just for 1 tahun 6 bulan***


Wednesday, July 20, 2011

aku ini~~

aku ini hak milik kekal Dia yang Maha Agung
dikurniakan padaku sebaik-baik anggota badan
ditiupkan padaku nyawa di kesekian waktu
diberi peluang untukku melalui ranjau hidup yang penuh onak liku
dikabulkan apa jua permintaanku

aku ini hak milik sementara kepada dua insan yang bertanggungjawab
membesarkan, mengajar, mendidik
memperbaiki mana yang kurang
membetulkan mana yg salah
mempersiap apa yang perlu
untuk aku melangkah di bumi penuh dugaan ini

aku ini sebentar cuma di satu satu persinggahan
buat mengisi kekosongan didada
buat memenuhi ruang ruang kotak fikiran
buat menimba segala macam pengetahuan
di alam penuh dengan gelojak perasaan
agar aku tambah mengerti selok belok dunia
agar aku tambah kenali sekeliling dunia penuh tipu daya ini

aku ini bakal jua meminjam dari Dia yang Memiliki
buat memayung hidup ini
buat memimpin aku yang lemah tak terdaya ini
kearah satu hala yang diredhai
kearah satu cinta yang hakiki
kearah satu matlamat yang abadi

aku ini bakal kembali pasti
kembali pada Zat yang Memiliki
kembali menghadap Dia yang Menguasai
kembali menghitung setiap perilaku diri
kembali membawa janjiku pada-Nya saat aku dilahirkan

akan tetapi
bisakah aku membawa segala janji itu
bisakah aku memberi setiap pinta-Nya
seperti mana Dia memberi padaku
bisakah aku menyangkal setiap butir bicara saksi saksi dari anggota badanku sendiri
saat aku hanya mampu membisu dan mendengar pengakuan jujur anggota badanku

ohh sungguh aku ngeri
ngeri dengan persoalan sendiri
ngeri dengan hakikat sendiri
gentar dek perasaan sendiri
lantaran aku pasti kekurangan diri
lantaran aku akui kelemahan diri
dek terlalu taksub dengan duniawi yang sementara cuma





karya asli;
faza1708
20 July 2011
12:35am
bilik tumpangan sementara
Blok C Kolej 17 UPM



Monday, July 18, 2011

cermin...aku rindu cermin itu~~~

"Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan
memberikan bayangan yang sesuai apa adanya yang dicerminkan. Begitu
pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia
akan mncerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.

Jom kita tengok Ciri2 cermin yang dapat kita ibaratkan seumpama
sahabat:

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela,
tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kitadengan
lembut, sehingga denganspontan kita akan mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
siapa saja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
cermin selalu siap dipakai bila-bila masa. Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin dihadapannya dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
diantara sifat cermin adalah berterus terang dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin, jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut. Rasulullah
S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : "Sesungguhnya di
sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu
kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka
bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi
para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga
mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan
mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin
cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan
saling mengunjungi semata karena Allah."

Sunday, July 17, 2011

rintihan~~~

buat kesekian kalinya
aku rasai perubahan ini
ohh sgt perit
sesak dada
senak kepala
pening isi perut
tp aku perlu hadapi
demi kebaikan aku
ohh Tuhan..tabahkan hati ku~~~

nisfu shaaban~~

nisfu shaaban
haihh teringat kenduri kat surau sebelah umah tu
sedap tu mkn nasik daging..tp aku??
aku mkn twiggies ngan a&w masa bukak pose td
haihhh ternampak nampak je nasik daging tu
*tu la sape suh dgr org dscss nk wat kndri*

tape la next time ade lagi..kata on diet bhahaha
nisfu shaaban kan buku amalan di tukar..
bukak buku baru la ni kiranya
so bukak buku baru
nak kena buat azam baru la jgk..

korg x bosan ke klu buku kiri lagi tebal dari buku kanan
kalau di fikirkan aku rase dlm sehari tu byk je buku belah kiri da guna
buku kanan tataw la..ntah2 bersih je *hish harapnye tak la*
so aku rasa aku nak berubah la
change to a better person
dengar cam senang tp..
boleh ke aku wat?? ahh susah
ceh belom start da ckp susah, mana smgt nisfu shaaban paah???

yeah i want to be better
i want to try
i want to do
i want to make it true
but i need support

da byk kali pintu hati di ketuk utk berubah
tp da byk kali tu jgk aku abaikan seruan tu
kali ni aku tanak abaikan
tp aku tataw aku mampu ke x
huarhhhh try dulu
paksa diri
utk kebaikan diri
please!!!

bukan senang nak jadi baik
berubah la paah
sebelum terlambat
sebelum mata tertutup rapat
sebelum Allah da tanak amik kisah pasal aku n tanak ketuk hati aku lg
*uiii seram kan klu Allah da tak kisah*
change paah change!!
before its too late..

berubahlah di jam kesepuluh..selamat kalau mati dijam kesebelas..
klu rancang nak berubah di jam ke duabelas tp mati di jam ke sebelas cane?? kan naya tu
*adaptasi dari Hlovate, contengan jalanan*

dlm versus hlovate conteng:
"berubahlah walaupun payah
berubahlah kearah hidup yang lebih indah
hidup dan masa muda sekali cuma
sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?"

think about it and take the action!!!

thanks to hlovate for the books..sentap!!
thanks to you for the comments and supports!!

for now, I can just say "I'll do my best!!!"








Saturday, July 9, 2011

heart of mine~~

For the most gracious and the greatest, my Lord Allah
A bunch of thanks from my heart as I'm grateful
Rising me up, giving me life up to this age
Having good family to live with
And best friends to hang up with
How am I really thankful for this

Zero me to a better me
All were happen under willing of Allah
I hold my hopes on Allah as I know He'll always be with me
Doing things in this world with my hardest
As far as i can, as much as i can and..
Rest, are all depend to Him since He know what is the best for me !!!

wajah baru~~

saje saje suke suke
tukar sket wajah n rupe blog usang lg bersawang nih
hehe merah..red..baru kene ngan jiwa aku
jiwa merah!!erkk pelik je..
hahah i'm just like red!!!
owhh ekceli aku tak reti sgt pon wat bende alah ni
so saje try2..suke hati laa..jnji aku happy sesuai dgn name aku~~~

Friday, July 8, 2011

KERALA, a trip to remember~~

on the way to athirapilly

Trip..well we having a 5 days trip there..the destination are athirapilly, backwater, and kochin..basically the trip started on 19th of June, whereby we went to athirapilly..athirapilly ni tempat air terjun, about 60km from trissur town..trissur town ni kira mcm Bandar terdekat ngn tempat kitorg tggal la..bandar terdekat ngan athirapilly ni namo eh chalakudy..tp aku pon tak sure yg mano satu sbb kitorg lalu je bndar tu hari tu..tp disebabkan jalan nak pegi athirapilly tu sikit punya lurus plus driver dia sangat berhemah masa memandu, I ended up tutup mata the whole way..mmg rough abis ah dia pnya journey..tomuntah den di buek nye..

ni salah satu spot site seeing

Sebelum sampai atas, kitorg sggah satu tmpt sight seeing ni..alang2 singgah, isi perut dulu laa..makan bekal kitorg beli on the way td kat diamond castle..haha roti canai je pon ato nama india nye parotha..ngan kari chicken sorg satu..aku rasa tu la parotha paling sedap yg pna aku mkn..hehe disebbkan aku pnye road sickness tak hilang2 lagi, maka aku telan la ubat thn muntah..drowsy habiss..mmg rase nak lelap je pastu..

pandangan dari jauh, the waterfall

waterfall, front view

peringkat last skali kot nih

Athirapilly falls mmg the huge one la..mase bulan 6 kat kerala ni monsoon season, so air pon byk n deras arusnya..sampai kat depan waterfall yg besar tu.. subhanallah!! perhh, cantik sungguh ciptaan Allah..ade byk peringkat la kat situ..so we spent about 5-6 hours there..balik hostel semula around 5 ptg..

the houseboat, check in

Our next destination on the next day is backwater..hurm we rent a houseboat for one night..so kitorg overnight dlm boat tu la..ada 2 rooms, 1 for girls and 1 for guys..the so called cruise started at 12 pm 20th of June and ended at 9 am 21st of June.. sepanjang cruise tu we do nothg..relax2 je kasi tenang ini gua pnya kepala..pastu tgk2 kiri kanan backwater tu..basically just enjoyed the sceneries kat keliling tu.. masa berhenti ptg tu ktrg jenjalan kat kawasan situ..makan aiskrim plus tgk sunset..

relax2 dlm houseboat

menikmati sunset

Makan sume prepared by the crew..lunch mkn ikan tilapia ape ntah lg..den lupo..mlm kitorg order crab wat panggang..hmm tamau cite pnjg pasal crab ni..grrr wat geram je..btw ade ayam jgk..ayam tu disembelih oleh azim n wan..nak pastikan halal..hahaha si renjith menon, org yg arrange kitorg pnye trip ni ckp.. ‘halal chicken means u need to do some prayer right before you can eat’.. bhahahahaha gelak sakan aku..haihh susah ckp ngan org tak phm bahasa..hahah

the lunch ermmm

meng'halal'kan ayam untuk dinner

bermlm dlm boat tu sgt laa how to say eh..nak kate challenging tak la sgt..just byk gile nyamuk..n panas n bahang..sbbnye angin die stagnant je..tade angin yg bergerak..angin kipas pon bahang gak..ekceli ade aircond tp aircond die sopan nak mampos ala2 gadis melayu terakhir gitu..ohh lupe lak nk ckp dlm houseboat tu ada tv gak ngn cd player..so kitorg tgk cite Hindustan mlm tu..housefull tajuknye..tp aku tgk x abih pon..maleh nak melayan tersekat2 cd tu..lgpon ngantuk jgk..so aku n wawa tdo dulu..herm pagi tu lpas subuh tanak tdo da…nk tgk permandangan pagi kat backwater..hehe igt nak tgk sunrise jgk tp x nmpk dari spot tu..kene kuar..so tadapat tgk la..breakfast huh..no words to describe..then gerak balik..930 check out~~~

next destination kochin..exact place to go is Rossita wood castle..a hotel~~

to be continued~~~