Monday, July 18, 2011

cermin...aku rindu cermin itu~~~

"Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan
memberikan bayangan yang sesuai apa adanya yang dicerminkan. Begitu
pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia
akan mncerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.

Jom kita tengok Ciri2 cermin yang dapat kita ibaratkan seumpama
sahabat:

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela,
tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kitadengan
lembut, sehingga denganspontan kita akan mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
siapa saja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
cermin selalu siap dipakai bila-bila masa. Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin dihadapannya dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
diantara sifat cermin adalah berterus terang dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin, jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut. Rasulullah
S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : "Sesungguhnya di
sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu
kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka
bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi
para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga
mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan
mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin
cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan
saling mengunjungi semata karena Allah."

No comments: