Monday, July 25, 2011

tulisan untuk kawan~~

kawan
aku tak pernah menjangka adanya pertemuan antara kita
aku yakin takdir yang menentukan segalanya
tapi kawan
terkadang aku menyesali pertemuan itu
kerana pertemuan itu aku mengenali seorang kawan
kerana pertemuan itu aku merindui seorang kawan
kerana pertemuan itu aku menyayangi seorang kawan

kawan
aku tak pernah pinta hadirnya perasaan ini
tapi kawan
saat kau tiada hati ini jadi sunyi sepi
saat kau tiada aku menyedari perasaan aneh ini
kawan percayalah
bukan aku yang pinta perasaan ini
namun ia hadir dengan sendirinya malah tanpa kesedaranku
andai sedar mungkin bisa kutepis sebelum ia bersarang di hati ini

kawan
andai engkau bisa kulihat sebagai kawan
kenapa harus ada resah di hati ini saat berdepan denganmu
kenapa begitu sukar untuk aku melapangkan hati ini dari didiami olehmu
kenapa harus engkau bermukim di hati ini
kenapa saat aku sedaya upaya melupakan engkau
sepantas kilat wajahmu menghiasi kotak fikiranku

kawan
terkadang aku terseksa menanggung beban rindu padamu
terkadang aku merasa betapa pedihnya hati ini memendam rasa yang tak pernah kupinta
aku penat
aku sakit
aku cuba untuk melawan
namun aku hanya manusia biasa yang dikurnia perasaan
hati kecil ini kadang kalah dengan perasaan sendiri

kawan
tulisan ini hanya sekadar luahan hati kecilku
andai terlintas tulisan ini di matamu
jangan kau terganggu dek kata kata ini
anggaplah ianya hanya tulisan pengisi masa lapangku
walaupun hakikatnya mungkin kau tahu
aku masih teguh disini
mengorak langkah mengapai impian dan citaku
aku masih tegar dan cekal disini
meneruskan perjuanganku
hanya saat tulisan ini dicoretkan
aku terlalu merinduimu kawan
dan ini jalan terbaik untuk aku luahkan segalanya


faza1708
march 11 2009

*masa ni jiwa kacau..haha ingat kat sape ntah sampai tertulis bende nih..cehh org tu ntah ingatkan aku ke tidak..lantaklah..hidup perlu diteruskan..kenangan dengan kawan yang sorang ni tetap abadi dalam ingatan..hanya sekadar memori*

**so kawan, teruskan perjuangan hingga ketitisan darah terakhir..**

***just for 1 tahun 6 bulan***


7 comments:

BUDAKECIK said...

urk?kau pernah bercinta gak uh?budak labu gak ke?hihi.relax ah...inteam kata apa..

hidup mati jodoh pertemuan..
ditentu ALLAH yang esa...

Hihi.Pandai cakap je aku ni.Hampeh gak!

faza17 said...

haha tepuk sebelah tangan tak bunyi kot..hahaa zaman bila punya ntah ni..

cinta manusia tak kemana pon..
yg patut dicari cinta Ilahi

pandai ckp klu kasi org sedar bagus ape..hoho =)

equinestein said...

inspirasi la adik gua ni.. i really like it.. me got some stuff kacau minda.. gonna update me bloggy..

lets lunch tomorrow paah? is it a date then? anytime this week k.. * winks*

faza17 said...

kakak,
tomorrow tu bila??khamis x dpt la..
i'll be going to temerloh, follow dr azlan..hehe

jumaat la then ok??

faza17 said...
This comment has been removed by the author.
JawahirAbdullah said...

lately, your post sounds bit intrinsic. ehem2~
memendam ke kak?

hihi~

faza17 said...

herm this so'called' luahan perasaan ni da lama tercoret..
tp da yakin boleh campak katsini tanpa secubit rasa baru nak post..heheheh

tataw la nak masuk kategori memendam ke hape..haiyohh