Thursday, August 4, 2011

random thought; gemuk vs kurus

#: Weh tu baju laki la..sini laa..baju pmpuan..

%: Erkk tamau aku..baju pmpuan slalu tade siza aku hahaha

#: Ko tu yg perasan gemuk..ade je size ko la..

%: Tape..i’m prefer this side..baru aku rasa mcm pakai baju

***

“Hish da la gemuk..pakai baju lagi mcm sarung nangka..dengan dada menjojol..buntut menonggek..perut berlapis..igt lawa la tu kalau org tgk..kalau kecik tape la nak pakai baju kecik pon..tak nampak sgt..”

***

Selalu sgt aku dgr ayat gini kalau jalan2 kat pasar tani ke pasar malam ke bazaar ramadhan. Orang selalu ckp pasal gemuk yang pakai baju sendat. Yup memang terang la salah budak tu sapa suruh pakai baju x ukur badan sendiri dulu. Tapi kenapa ye?? Kalau orang yang berbadan kecik molek pakai yang sendat n ketat, orang tak berapa kisah sangat.

Sebab yang namanya aurat itu tetap aurat walau kurus atau gemuk seseorang itu. Tak ke? Apa yang si gemuk tu ada tetap ada juga pada si kurus. Sama sama kena tutup la kan sepatutnya. Lagipun dalam alquran pun tade tulis “dan tutuplah auratmu wahai perempuan yang gemuk”..tapi sebaliknya dalam alquran Allah menyuruh semua orang muslim menutup aurat tak kira jantina, apatah lagi body condition score (BCS).

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. (Al A’raf 7:26)

Tak kesah la nak pakai mcm mana pon..yang penting biarlah aurat ditutup sesuai dgn apa yg di ajarkan pada kita. Bukan tak boleh nak pakai lawa n kemas. Sedang Rasulullah pon suka akan kecantikan kekemasan dan kerapian.

“Makanlah apa yang kamu suka, dan pakailah apa yang kamu suka dengan memperhatikan bahawa tidak terdapat dua hal: berlebih-lebihan dan kemewahan yang sia-sia.” (Maulana Muhammad Mansyur Nu’mani, Ma’ariful hadith)

So kiranya kita boleh je pakai apa yang kita suka asal tak berlebihan. Biar kemas rapid and sejuk mata memandang. Jangan berpakaian tapi telanjang. Kalau orang bertudung pakai baju ketat sebenarnya orang tu pon sama je dengan orang yang tak bertudung. Kalau pakai baju n seluar tapi orang kat belakang still boleh agak ukuran dada, pinggang dan pinggul, same je la mcm tak pakai apa apa kan.

Susah sungguh manusia nak paham apa yang diajar dalam alquran. Sebab manusia hanya membaca alquran tanpa pernah cuba menghayati, mempelajari dan mengamalkan. Bila otak da sarat dengan skema hidup dunia, tade lagi yang nak mempeduli skema hidup yang Allah da bagi. Aku juga tak terlepas dari semua ni. Hanya sekadar berkongsi buah fikiran tanpa niat menyakiti mana mana pihak. Kalau terasa fikir sendiri kenapa terasa.. =)


*situasi sekarang, orang yang amalkan benda yang betul cuma segelintir hingga dipandang pelik oleh sekeliling*

**dan zaman sekarang orang yang buat benda tak betul terlalu banyak sampai benda yang tak betul tu jadi normal dan kalau org lain x buat benda tu orang lain tu yang tak normal..sigh**

No comments: