Friday, August 12, 2011

bila "iman" merajuk~~

Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak kau.Kau cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak kau cakap camtu? pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan
ambil.VCD,SMS, TV, movie..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi
banyak gak duit saya habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir,
mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak
boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja
tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah,
bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam
rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan
sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan
tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan
kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah
Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang
bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan
baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan
kami


Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit
pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak
pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang
bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk
tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu
berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat
kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu
percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak
boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak
perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan
kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli
jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?Diri : Ya, saya kelam kabut
sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya
tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan
tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman,
saya
akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En
Solat,dan
semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan
seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita..
Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua.
Jabatan Iman dan jabatan nafsu.Kitalah yang perlu mengurus sebaik
mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak
pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..
Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air
sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air
itu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain,
maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan
pekerja kita, andai terlalu diternak satu jabatan, maka jabatan lain
akan terpinggir


this is just soooo true..lagi sekali aku jumpa ni dlm peti masuk email aku yg dah berkurun aku tak bukak..tp as usual email ini aku da baca la dulu..ni zaman matrik penang kalau x salah aku..oh indah sungguh zaman skola n matrik dulu..ramai teman yang tak jemu igtkan aku bila aku silap..skrg??masing2 sibuk dengan urusan masing2..bukan salah mereka x mengingtkan aku..aku yang pertma kali patut disalahkan sebab leka, terlalu taksub dengan moviessss..huhu..so kawan2 kalau nampak aku wat silap jgn segan2 tegur je..nak kasi tangan sekali pon boleh..sayang kawan tangan tangankan..ade ke??huhu


No comments: