Saturday, August 27, 2011

khatam Ramadhan 1432

"Dan telah sempurna firma Tuhan-Mu (Al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui." [6:115]

Alhamdulillah tepat 1158pm mlm sabtu yakni malam ke-27 ramadhan 1432 aku berjaya khatam Al-Quran. Alhamdulillah, syukur sangat diberi kesempatan yang sebegini. Dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi untuk aku perbaiki kekurangan yang tersangatla banyak dalam ramadhan kali ini. Terima kasih Allah atas kekuatan keinginan yang kau berikan padaku.

di kesempatan ini aku berterima kasih pada mak ayah yang menyokong usaha aku ni. pada adik aku jugak yang membantu tak kacau aku after magrib n after 12am.

thanks jugak pada teman teman blogger (jawahir n taqiyuddin). korang punya conteng2, kata2, picisan2, spillage, rants kat blog korang memang bg semangat kat aku secara indirect. teruskan menyonteng sebegitu. biar sentap boleh buat santap.

tak lupa pada laman sesawang lain yang banyak bagi pengisian rohani untuk aku yang dahagakan semua tu.

to kawan2 juga yang tengah berusaha nak khatam dlm ramadhan ni, aku doakan korang berjaya. korang mesti boleh!!ada lg 3 mlm, sempat insyaAllah. Go with it.. All the best!! Doa aku sentiasa mengiring usaha kalian, insyaAllah~~

may Allah bless~~~

so farhah, da sempat habiskan utk ramadhan ni Alhamdulillah..tp da habis jangan tinggal ye. ade lagi yang tergendala yang dulu2 sambung balik..Al-Quran jangan tinggal..baca tiap2 hari.. novel boleh ulang banyak kali takkan AlQuran taleh kot..novel tak boleh bagi cahaya dlm kubur nnt tapi AlQuran boleh. AlQuran juga boleh tolong masa nak lalu titian Siratulmustaqim, novel boleh ke? AlQuran juga boleh jadi penyelamat di Akhirat nnt, insyaAllah

bacalah AlQuran kerana pada-nya ada ketenangan. Bacalah dengan niat ingin mendapat hidayah dari-Nya

p/s: jom qyiam mlm ni??


5 comments:

BUDAKECIK said...

Alhamdulillah:)

Keep it up panjang umur nanti.

Biar pencacai tapi HATI ada hati kat karya sastera Agung:)

Doakan kawan-kawan.

faza17 said...

alhamdulillah..=)

ko pon mesti boleh habis kan..yeah umur panjang byk peluang~~

always pray insyaAllah=)

JawahirAbdullah said...

tahniah.
semoga jadi peneman dlm kubur nanti.
=)
smga tak berhenti setakat ni. istiqamah, insyaAllah. doakan wawa sekali. =)

kak paah pun, thanks. kasi semangat indirect utk menconteng. =)

the man who decided to change on 12th hour died on 11th hour.
nauzubillah.

2 lagiiiiii...! aw aw aw..!
selamat qiam terakhir ye, dan selamat sahur terakhir.
selamat hari raya juga.
maaf zahir batin,kak.
wawa rasa wawa kenal akak time cuti ni la. =) hehe~
semoga rahmat tuhan sentiasa mengiringi. insyaAllah. amin. =)

faza17 said...

aminn..alhamdulillah..
insyaAllah akan terus istiqamah.

2 lagi!!waahh come on!! mesti leh habis..yeayy~

faza17 said...

wawa: lupa nak ckp

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN!!

kira kita kenal di alam maya la ye??hahaha

may Allah bless US!!