Wednesday, August 17, 2011

nota hari jadi~~

17 ogos 2011
17 ramadhan 1432
alhamdulillah
terima kasih Allah
sebab bagi peluang hidup da 23 thn
tapi bekal nak bawak balik jumpa Dia
langsung tak setanding dgn umur 23 thn tu
dan aku langsung x malu nak mintak lagi........

Allah, bagi aku peluang untuk hidup lg
bagi aku peluang untuk aku betul kan diri
bagi aku peluang untuk aku terus jalan atas bumi ini
bagi aku peluang untuk aku tetap teguh atas dunia ini
bagi aku peluang untuk aku tambah bekal buku kanan
bagi aku peluang untuk aku tahan diri dari terus gemukkan buku kiri

Allah, sungguh hidayah itu punya Engkau
dan aku dengan hinanya mengaku aku butuh hidayah-Mu
kurniakan aku hidayah itu
limpahkan aku rahmat milik-Mu
dengan penuh harapan kat hati aku pinta
jangan kau palingkan hati aku setelah kau beri petunjuk

Allah, jauh dari sudut hati
aku nak jadi baik
untuk itu aku perlukan bantuan dari-Mu
sebab aku tahu Engkau sebaik-baik penolong
aku pinta agar aku bukanlah dari golongan yang pekak buta
golongan yang tak mampu mengambil pelajaran dari Al-Quran yang satu

Allah, kau jadikan anggota badanku dengan sempurna maka
biarlah lidahku lidah yang tak pernah jemu memuji bertasbih pada-Mu
biarlah telingaku telinga yang sentiasa mendengar kalimah-Mu
biarlah mataku mata yang melihat pada kekuasaan-Mu dengan penciptaan seluruh yang ada di langit dan di bumi
biarlah hatiku hati yang sarat dengan rindu untuk bertemu dengan-Mu dan kekasih-Mu
biarlah akalku akal yang berfikir akan keagungan-Mu hingga getar didada kerana takut pada-Mu
biarlah tanganku tangan yang membantu segala daya yang aku ada untuk agama-Mu
biarlah kakiku kaki yang setia berdiri semampu aku saat menghadap Kau yang satu

Allah, dari-Mu aku kesini dan pada-Mu akanku kembali
maka lindungilah aku dari yang mungkar
letakkanlah aku bersama ashabul yamin
Engkau tahu segala isi hatiku yang tersurat mahupun tersirat
maka berikanlah aku apa yang terbaik pada perkiraan-Mu

***
p/s: salam nuzul Quran..bacalah quran kerana padanya ada ketenangan
.......aim nak khatam 27 ramadhan..berjaya atau tak???will see.........

**thn ni tade birthday celeb.. =) no cake..no ronggeng2..no hadiah..tp tade ape yg lagi best dari ada disamping keluarga di hari jadi walau diorg mgkin x perasan..haha =)

***double8 buat iftar jamaie kat putrajaya 17 ogos tapi taleh join..ohh sedih..nak jumpa korang!!!
enjoy the iftar guyss =)

salam 17 ramadhan~~~ =)

4 comments:

BUDAKECIK said...

Selamat Ulangtahun kali ke 23 penciptaan!

Barakallah!:)

Salam Nuzul Quran:)

faza17 said...

thanks..=)

may Allah bless =)

salam nuzul quran =)

JawahirAbdullah said...

selamat hari jadi,kak paah.
semoga dipanjang umur yang akan diberkatiNya, dimurah rezeki yang diberkatiNya dan diterima amalan yang diberkatiNya.
InsyaAllah.

berubahlah, berubahlah walaupun payah.
(Hlovate pesan)
p/s : doa kat wawa jugak. hehe~

faza17 said...

thanks wawa
aminn ya rabbal 'alaminn

berusaha utk berubah
people may not be perfect but there's always space for improvement~~

p/s:sama sama doa k. at least bila ditya disana nnt, boleh jwb kita saling mendoakan..boleh ke?hehe =)